Bismillahirohmanirohim.
"Persahabatan bukan hanya sekadar kata-kata, yang ditulis pada sehelai kertas tak bermakna, tetapi persahabatan merupakan sebuah ikatan suci, yang ditoreh di atas hati, ditulis dengan tinta kasih sayang, dan suatu saat akan dihapus dengan titisan darah dan mungkin nyawa"
Assalamualaikum wahai sahabatku.
Atas permintaan seorang sahabat yang meminta untuk aku buat kisah kita, 8 sahabat sejati yang telah Allah S.W.T pertemukan dua tahun lalu di bumi ini untuk di satukan hati. In Shaa Allah, akan aku cuba lakarkan segala kisah kita bersama sebagai ingatan dan peringatan bahawa kita pernah bersama-sama meniti detik-detik kenangan, suka duka, pahit manis, gelak tawa suatu ketika dahulu.
Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di datangkan kepadaku sahabat-sahabat seperti mereka kerana merekalah yang telah membawa aku ke arah kebenaran, ke arah keislaman yang sebenar dan telah membuat aku hidup dan bangkit semula dari zaman kedaifan aku tentang islam. In Shaa Allah, merakalah penuntun ku ke syurga kelak kerana aura mereka sentiasa dekat padaku. Aku mengharapkan bimbingan mereka dan bersama-sama mencari hidayah Allah S.W.T. In Shaa Allah.
"Sesungguhnya Allah S.W.T itu wujud dan mati itu pasti."
Aku, merupakan putera tunggal dalam kalangan 8 orang ini yang di kelilingin 7 kuntuman bunga-bunga Syurga Jannah. Kami ialah :
♥ Syafiqah Bt Ma'asin (piqah/sya)
♥ Siti Nurhidayah Bt Abdul Manap (dayah/nap)
♥ Siti Norazilawati Bt Taib (zyla/ti)
♥ Rohaizan Bt Abu Hassan (awin)
♥ Fatin Afiqah Bt Mohamad Darus (atin/ton)
♥ Siti Nurhanani Bt Samsir (nan/nani)
♥ Siti Munirah Bt Abdul Khadir (mun)
♥ Muhamad Asyraf Bin Suriah (acap)
Kisah ini bermula kami di Prauniversiti 1 di SMK Batu Kikir (Modal Khas). Di sinilah titik permulaan kami telah bersama-sama bersatu hati melangkah demi meneruskan pengajian kami mendalami ilmu selepas selesai menghadapi SPM. Pada ketika ini, kami tidak sama sekali kenal antara satu sama lain, kami membawa haluan masing-masing dengan lagak masing-masing. Dan hari demi hari kami bersapa mesra secara tiba-tiba. Kami mula bertegur, berbual, bergurau, bersakat-sakat dan ikatan ukhwah kami mula terjalin. Alhamdulillah, dalam masa yang sama kami kenal, kami masih lagi dalam penilaian untuk mengenal hati budi masing-masing. Takot tersalah gurau, ada yang terasa (sentap).
Serba-sedikit sifat dan perangai sahabat aku :
Piqah : Seorang yang kelihatan garang dan tegas. Kalau pandang sekali mmg mcm nak terkam. Kadang-kadang takot nak tegor, takot setepek kene. Hehe. Tp dalam diam-diam, dialah pelawak antarabangsa. Hahaha. (Pandai buat lawak). Dialah finalis ustazah pilihan. Hehe. Orang selalu gurau ejek "tahi lalat kat hidung" dye. Tp dye relek, cool lagi. Sekali dye balas balik, mmg tak dapat lawan laa kn. Hahaha. Kisahnyeerr ~
Dayah : hahahaha. (gelak dulu) banyak yang tak kene kat dye nie. Trend mark dye "Janganlah mencari kesempurnaan, kerana tidak ada yang sempurna di dunia ini". Tuu diyakkk. Sebernanye, double meaning tu. Hahaha, dyelah mangsa keadaan dalam geng kami. Kalau ada dye, stok kene bahan jew laa. Nak cakap dye "touching" ! ada laa sikit, bg kaki kang, okey laa tu. Hahaha. (tu makannyerr !!!) sorry nap :P
zyla : Jeng jeng jeng. Dye nie ratu segala ratu. Hahaha. Nak tau sebab ape ?? Cer tanye dye. Hehehe. Aku kenal dye awl dr yang lain, sbb same team time orentasi form 6 dulu. Dye jenis gabra banyak, kalau depan org ramai mule laa tak tentu arah. Hahahaa. Lawak lawak lawak. Tp dye nie baik orgnye, sopan. Gluuppp ! Sopan ?? Jap ??? hehe. Tang gigi, hehehe. maybe !! Hehe. Tu laa keistimewaan dye. Tp dye mmg best, dok gitu . :)
Awin : Alhamdulillah, kalau tgok sekali muka dye, mmg seiras macam heliza. Huhu. (suke la tu) :p. Hurm, dye nie lebih kurang mcm zyla jugak, gelabah. Kdg-kdg cakap pn dah merapu. Hehe. Yang best dye nie, tak kuat marah and tak kuat merajuk mcm yg lain. Hehehe (ye ke ??). Dye nie ass kpd zyla. Kalau tak de zyla, tak de laa awin. Hehe. Hidup pasoh !!
Atin : Kak tonnn ! nak tau nape lekat name kak ton nie ?? sbb dye nie jual cup kek cokolat cair meleleh kat sekolah and kat asrama. Heheehe. Aku laa salah sorang pelanggan tetap dan penjual sambilan cup cake dye kat asrama. Hahaha. Haa ! dye nie lagi awl aku kenal, sbb time form 4 & 5 same sekolah, tp tak same kelas cume kami nie team bahas beb ! hahaha.
Nani : Kisah dye plk. Hurmm, sorang yang kadang-kadang loading tahap giga. Hahaha. Tak tau laa kenapa. Ada masanye kang, langsung tak paham, lawak pn boleh jd jugak. Hahaha. Yang tak dapat lupe tu, dah ramai offer dye barang nak bg free, dye tolak bulat bulat. Bukan rendah diri, loading dye menjadi laa tu. Hahaha. Tp skg tak tau laa, ada lg ke tak. Rase ade kot. Hahahahaha. Terbaik laa keringgg !!
Mun : Hehe, dye nie perempuan melayu terakhir. Sopan jew anak cik khadir nie. Hahaha. (Konon!!) Dye nie baru join geng kami, sbb dye masuk time pra-u 2. Dye pn finalis ustazah pilihan jugak nie. Alhamdulillah. Dye nie pn kdg kdg jadi mangsa keadaan kene bahan. Hahaha. Kesian kaw an. kisah kaw dengan JPJ tu tak penah lupe, mmg kelakar. Hahaha.
Macam tu laa kisahnye sahabat-sahabatku. Dalam proses demi proses perkenalam, akhirnya, kami mula serasi dan kami mula mesra antara satu sama lain dengan menjaga batas-batas dan syariat islam.
Lepas pada kami sudah mula kenal, kami mula tubuhkan group dalam whatsapp. Dengan harapan, setiap hari kami dapat tegur dan merancang apa sahaja aktiviti-aktiviti. Alhamdulillah, ianya masih berkekalan. Setaip aktiviti yang kami rancang, kami buat sama-sama. Cuma kadang kala, ada aktiviti yang tidak sepenuhnya semua dapat ikot. Tapi saat-saat yang kami tidak lupakan semasa kami membuat iftar di rumah cikgu baharudin, aktiviti gala night, berkelah di jeram Tengkek, jamuan-jamuan, detik-detik gurau-gurau dalam kelas dan macam-macam lagi la. Kami buat semua bersama-sama. Makan sama-sama, tidur dalam kelas time cikgu mengajar sama-sama, keluar jalan sama-sama, gurau sama-sama dan semua bersama-sama. Alhamdulillah. Kenangan ini tidakkan ku lupa sehingga hayatku. In Shaa Allah. Kalau aku terlula, mohon peringatkanku.
Ini, aku titipkan bait-bait lagu "Kau Ditakdirkan Untukku" untuk kalian semua :
Terucap syukurku.. Aku memilihmu ‘tuk menjadi teman hidup setia slamanya Belahan hati ini.. Kini tlah terisi Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..
Dan berlayarlah kita renda keluarga meretas hidup bersama Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk slamanya hingga bahagia disurga-Mu Pegang tanganku, tataplah mataku.. Engkau ditakdirkan untukku
Ikatan suci ini.. Slalu ‘kan ku jaga Meniti sakinah.. Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya.
Sekarang kami dah habis sesi persekolahan. Semua yang sama-sama dulu, semakin kurang dah berbanding dulu. Ya Allah, sememangnya aku rindu sangat sangat saat itu. Jika boleh di putarkan waktu, ingin aku bersama-sama semula dengan sahabat-sahabat ini. Sesungguhnya, aku memang tidak dapat lupakan semua yang terjadi.
Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami, jangan sesekali Engkau pisahkan aku daripada mereka, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui mereka, berikanlah kejayaan kepada mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Bimbing dan tuntunlah mereka ke jalanMu, Ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah tuhan yang sangat tahu isi hatiku,Ya Allah.
Duhai sahabatku, ingin ku sampaikan salam rindu buat semua sahabat-sahabatku yang tersayang dan disayangi Allah S.W.T. Berat hati ini ingin menulis warkah terakhir buat kalian semua, kerana aku sememangnya tidak sanggup berpisah dengan kalian semua. Jika takdir yang memisahkan kita, biarkanlah aku yang pergi dulu kerna, aku lebih rela pergi daripada kalian yang meninggalkanku. Andaikan ini yang terakhir untuk aku buat anda semua, maafkanlah aku, halalkanlah segala pemberianmu, titipkan doa buatku dan semoga kita sama-sama dapatkan dan bertemu di Syurga Jannah kelak. In Shaa Allah.
Salam, SAHABAT SEJATI.
No comments:
Post a Comment