Assalamualaikum dan salam ukhwah.
Hari nie saya nak berkongsi tentang "MAHSYAR"
Kata ustaz, Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah S.A.W bertanya, Mahsyar kat mana ? Jawab Rasulullah S.A.W, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tidak ada pokok, tidak ada sungai, tiada gunung-ganang, tiada tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi apabila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri,dimanakah kita ? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. (Rujuk Surah Yassin ayat 52-54).
Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya Rasulullah S.A.W, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Nabi S.A.W dengan memetik ayat Al-Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. (Rujuk surah A'basa ayat 37(80:37) ).
Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir. bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam A.S hanya untuk meminta syafaat untuk Allah S.W.T untuk mempercepatkan hisab. Jawab Nabi Adam, beliau tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ullul Azmi, bermula
♥Nabi Nuh
♥Nabi Musa
♥Nabi Isa
♥Nabi Ibrahim
tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, lalu baginda berdoa dan Allah S.W.T untuk memperkenankan bagi mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta kepada Allah S.W.T awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaha, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kite akan turun dari Arash. mase tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Walaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah S.W.T panggil sorang-sorang untuk dihisab. Sebelum Allah S.W.T mula hisab, Allah S.W.T suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tidak ada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah S.W.T akan tanya kite 3 soalan.
1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid ?
2. Tidak ingat ?
3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan ?
Setelah ditimbang di Al-Mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah S.W.T buat. Allah S.W.T tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita semasa kita hidup ? Sila tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan sebagainya. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pulak kite tanggung (Ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tetapi effect jugak orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
HARI MAHSYAR HAR YANG SANGAT DASYAT
Kata ustaz :
PERTAMA : Hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.
KEDUA : Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah S.W.T ke syurga ? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga mudah boleh masuk dengan baik sorang-sorang. Jadi, jom sama-sama membantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin.
والله اعلم بالصواب.
No comments:
Post a Comment