Monday, 12 May 2014

ASRAMA DALAM KENANGAN

Assalamualaikum dan salam rindu buat semua.

Hari nie saya nak kongsi pengalaman dan kenangan manis semasa tinggal di asrama sekolah. Mesti ramai yang penah tinggal asramakan ? Dan ada yang tak pernah tinggal asramakan ? Bagi yang tak pernah tinggal asrama, mungkin boleh ambil pengajaran dan pengalaman orang lama yang tinggal di asrama. In Shaa Allah.

Okey, saya dah tinggal asrama nie selama 7 tahun. Sejak saya tingkatan 1 sehinggalah saya Pra-U 2 di sekolah yang sama. Banyak pengalaman, pahit manis dan suka duka yang saya penah tempuhi semasa tinggal di asrama. Alhamdulillah, kini saya sudah 20 tahun (2014), dan tidak lagi tinggal di asrama sekolah. Tapi kenangan kami bersama masih dalam ingatan buat selama-lamanya. In Shaa Allah.

Saya dulu tinggal di Asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Negeri Sembilan. Berbagai-bagai lakaran sejarah dan jatuh bangun saya di sini. Tanpa semangat dan bantuan kawan-kawan di asrama, tiada siapalah saya pada hari ni. Okey, asrama juga sama seperti rumah kami. Masih ada penjaga yang akan menjaga kami, tapi kami di gantikan dengan warden. Bagi warden sekolah saya ialah :

Tn. Hj. Abdul Rahman B. Mohd Shariff ( Ketua Warden)
Cik Azlinda Bt. Abdul Rahman (Penolong Warden)
Cik Aida Erina
En. Nurul Azwan Bin Abdullah
Ustaz Amer
Sir Daven

Mereka inilah yang telah dipertanggungjawab untuk menjaga kami. Mereka akan membimbing kami dengan disiplin, keagamaan, hidup bermasyarakat dan macam-macam lagi. Di asrama, kami akan di asuh dan di ajar untuk hidup berdikari di atas kaki sendiri. Warden-warden dan senior-senior hanya akan beri teguran dan bimbingan kepada kami.

Terima kasih semua. Jasa dan pengorbanan kalian semua akan ku kenang sehingga hayatku.

KRONOLOGI DI ASRAMA

Macam biasa laa di awal tahun, setiap tahun silih berganti, kami akan adakan sesi orentasi. Tujuan orentasi ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar asrama. Selain itu, senior-senior akan memberikan pengetahuan cara-cara hidup di asrama. Berbagailah aktiviti yang di jalankan. Contohnya, ice breaking, permainan-permainan yang menyeronokkan, kembara malam, kembara luar, burung pungguk, malam keinsafan, explorace, dan macam-macam lagi la. Kebiasaannya, kami akan diberikan tugasan untuk mendapatkan tandatangan AJK Asrama dan akan di berikan barang amanah seperti, biskut, kacang hijau dan ubat nyamuk. Tujuan kami diberikan tugasan ni seperti tandatangan AJK asrama tu adalah untuk memaklumkan kepada pelajar baharu untuk kenal AJK-AJK Asrama dan barang amanah ini adalah untuk mendidik dan mengajar pelajar-pelajar supaya menjaga amanah yang diberi. Sebagai contoh, tinggal di asrama, kami diberikan amanah untuk menjaga harta benda asrama. Maka wajib kami menjaga harta asrama, kalau rosak, maka kami akan di kenakan denda. Hehehe. Macam-macam ragam laa masa orentasi nie, ada yang gelak tawa dan ada yang menangis. Biasa laa, first time duduk asramakan. Hehe.

Selain aktiviti orentasi, di asrama ada banyak program yang bermanfaat kepada penghuni asrama seperti Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT), Majlis Jamuan-jamuan keramaian, program-program keagamaan, program-program kesukanan, Majlis Terbuka Asrama, Sambutan Berbuka Puasa, Sambutan Hari Raya, Sambutan Hari Kemerdekaan, Lawantan Asrama dan macam-macam lagi laa. Semua aktiviti-aktiviti ini di jalankan bagi mendidik pelajar untuk bergiat aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Tambahan pula, setiap aktiviti-aktiviti yang di anjurkan ini banyak memberi pengetahuan kepada penghuni asrama. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat mengasah bakat yang ada dan meningkatkan prestasi dalam bidang akademik. Bagi saya, asrama adalah salah satu platform yang sangat berguna kepada semua pelajar untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Di asrama juga, setiap kali rutin dan aktiviti asrama, kami mesti buat sama-sama. Prep sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama, gotong-royong sama-sama, riadah sama-sama, outing sama-sama dan semuanya sama-sama. Hidup di asrama ni macam hidup satu keluarga, ada ramai adik-beradik. Kegembiraan dan kesedihan sering dikongsi. Rindu sangat gurau-senda di asrama. Perkara yang sangat penting bila di asrama ni adalah disiplin. Kalau kita tak ikot disiplin, banyak je masalah yang akan datang kat kita. Kalau kita follow je step di asrama, semua orang akan suka pada kita. Warden pn akan senang dengan tingkah laku kita. Jadi, patang larang di asrama tu kita kene patuh bagi kesenangan kita bersama. Biasanya, ketepatan masa dan hormat-menghormati antara satu sama lain itu sangat penting di asrama. Harap yang bakal duduk asrama tu boleh la take a note ya :)

KENANGAN DI ASRAMA

Tahun 2013 merupakan tahun terakhir saya tinggal di asrama. Waktu tu saya memegang jawatan Kapten Aspura di Asrama SMK Batu Kikir (Model Khas). Serius, memang tidak dapat dilupakan segala kenangan saya bersama-sama pelajar asrama. Kenangan bersama 11 orang seangkatan AJK yang sering membantu saya. Pergi karaoke, lawatan asrama, handle majlis-majlis asrama dan macam-macam lagi. Antara Ahli Jawatankuasa Aspura 2012/13ialah:

Ahmad Fazrul B. Saad (N. Kapten)
Hazril Hanif B. Zainal Abidin (Setiausaha)
Muhammad Faeez Aznie B. Azman (Bendahari)
Muhamad Syazwan B. Mohidin (Disiplin)
Muhamad Yusri B. Mohd Nor (Akademik)
Muhammad Aliff B. Azman (Kebajikan)
Muhammad Shahrul Nizam B. Jamian (Kerohaniaan)
Muhammad Iskandar B. Shamsul Amran (Dewan Makan)
Muhamad Asyriq (Projek)
Muhammad Quzairy (Sukan)
Muhamad Syafiq B. Mohidin (Tugas-tugas Khas)

Terima kasih semua yang membantu saya menjaga keamanan asrama, disiplin asrama dan segala  tugas-tugas penting asrama. Segala penat lelah kamu semua akan menjadi ingatanku. Minta maaf di atas segala teguran yang mengguris hati kalian. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kalian dan semoga semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Aminn. In Shaa Allah.

Tidak dilupakan kenangan bersama pelajar menengah rendah, tingkatan 1, 2 dan 3 sesi 2013, yang sangat komited dan mejoriti mendengar nasihat dan teguran. Alhamdulillah. Ada pelajar yang sporting, minta outing kene menari gangnam style la (trending time tu), makan maggie same-same, buat air nesvita sama-sama, dan semuanya same-same. Thanks kat "AYOB" (Muhammad Fakhrul Aiman Bin Mohd Fauzi), sanggup pergi minta kat wan dye yang berniaga kueh kat batu kikir tu, makan kueh same-same. Bantai berebut makan cempedak goreng. (Sedap wow !!). Hummm, the best moments !! Terima kasih kepada budak lower form nie yang rajin "belanje". Hehe. Mohd Firdaus, Akmal Danish, Nano, Amar Falaq dan semua la pelajar asrama, tak dapat nak mention nama dah. Hehe. Terima kasih sekali lagi. Korang semua mmg best. Hehe :)

Kepada pelajar menengah atas, tingkatan 4, 5 dan Pra-U 1. Terima kasih juga kepada mereka kerana banyak bagi respon dan mematuhi segala peraturan asrama. Walaupun ada segelintir puak yang memberontak, tapi ianya hanyalah minoriti dan tidak menjejaskan mejoriti. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T  mendapat penghuni asrama yang banyak memberi kerjasama dalam semua aspek. Terima kasih pada Joe, Zakhir, Omar, Nur Haqqim, Key-L, Syahmi, Syamsul Amri, Rejab, Rombong, Komeng, dan semua laa upper form yang membantu. Terima kasih sangat-sangat. Saya doakan kalian semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn

Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan pabila tinggal di asrama. Hidup di asrama memang satu detik manis yang sangat berharga dan tidak dapat dan tidak akan dilupakan. Perasaan rindu pada penghuni asrama dan warden-warden sangat mendalam. Kenangan kami bersama selalu di kongsi bersama-sama. Harap ukhwah dan ikatan kita akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Aminn, In Shaa Allah.

Saya mohon maaf jika ada sebarang kekhilafan sepanjang coretan yang saya lakarkan ini. Semoga ianya menjadi kenangan dan ingatan kita bersama.

Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami, bimbinglah kami, kuatkanlah keimanan kami, sampaikanlah rindu kami pada yang pergi, pimpin dan tuntunkanlah kami dan permidahkanlah segala urusan kami.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur warga asrama, berikan kesihatan yang baik, rahmati dan berkatilah pada warden kami, penghuni asrama kami, pembantu murid kami, pengelia asrama kami, pekerja dewan makan kami dan seluruh warga asrama kami. Berikanlah yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya, merekalah insan yang membantu kami. Ya Allah, Engkaulah tuhan sekelian alam.

Amin Ya Robb

Sekian, dari saya :
◥Muhamad Asyraf Bin Suriah◤
Kapten Aspura 2012/2013

2 comments:

  1. sir daven ???????????? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tau tu, dah check dah, ado yo yang silap eh. Haha

      Delete