Assalamualaikum dan salam ukhwah.
Hari nie ana nak berkongsi satu amalan yang boleh dijadikan makanan hati kita, pengubat jiwa kita, membersihkan pemikiran kita dan menyembuhkan segala kesensaraan kita. In Shaa Allah. Dengan izin Allah S.W.T kita akan memiliki kegembiraan itu.
Pelbagai cara Allah S.W.T bagi pada kita untuk kita pulihkan apa sahaja masalah yang kita hadapi. Salah satunya ialah DOA.
"Doa merupakan senjata yang paling mustajab bagi semua umat islam"
Hari ini saya sertakan ayat bacaan bagi BISMILLAH 9. In Shaa Allah, apabila kita mengamalkan bacaan bismillah nie dan kita sebatikan bacaan ini dalam jiwa kita, Allah S.W.T akan permudahkan urusan kita. Yang penting kita harus berusaha dan terus berusaha untuk memiliki hidayah Allah S.W.T. Bacaan bismillah nie boleh kita baca seelok-eloknya selepas kita selesai solat. In Shaa Allah.
Marilah sama-sama kita mengamalkan dan kita sejiwakan diri kita dengan ajaran islam. Sesungguhnya, kita adalah manusia akhir zaman. Tiada yang lebih penting di dunia ini selain daripada kita mengejar akhirat. Sama-samalah kita rebut syurga jannah. In Shaa Allah.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan dan kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri. Ampun dan maaf jua dipinta.
SELAMAT BERAMAL
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment