Friday, 20 June 2014

KELEMAHAN IBLIS

Ustaz Azhar Idrus Berkata
Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis.

Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika
melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan
gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X
kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas
api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah
tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
I: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan
baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara
dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan
terhalau dr dirinya,
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan
pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu
di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling
membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
AllahuRabbi.

★sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis

Friday, 6 June 2014

Lirik Lagu Sahrul Gunawan - Dhuha

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki,
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Airmata menetes, mohon dikabulkan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan Tuhan

Bila masih haram, Engkau sucikan Bila masih kotor, Engkau bersihkan Tuhan

Thursday, 29 May 2014

HADIS TERUNGGUL

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
"Aku mahu menjadi orang alim."

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalammualaik.

Wednesday, 28 May 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Bismillahirohmanirohim

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Taaruf itu perkenalan.
Tafahum itu saling memahami.
Takaful itu kita saling menjaga

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. INGAT MENGINGAT SESAMA KITA
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Tuesday, 13 May 2014

SAHABAT SEJATI, SAHABAT SEJIWA DAN SAHABAT KE SYURGA

Bismillahirohmanirohim.

"Persahabatan bukan hanya sekadar kata-kata, yang ditulis pada sehelai kertas tak bermakna, tetapi persahabatan merupakan sebuah ikatan suci, yang ditoreh di atas hati, ditulis dengan tinta kasih sayang, dan suatu saat akan dihapus dengan titisan darah dan mungkin nyawa"

Assalamualaikum wahai sahabatku.

Atas permintaan seorang sahabat yang meminta untuk aku buat kisah kita, 8 sahabat sejati yang telah Allah S.W.T pertemukan dua tahun lalu di bumi ini untuk di satukan hati. In Shaa Allah, akan aku cuba lakarkan segala kisah kita bersama sebagai ingatan dan peringatan bahawa kita pernah bersama-sama meniti detik-detik kenangan, suka duka, pahit manis, gelak tawa suatu ketika dahulu.

Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di datangkan kepadaku sahabat-sahabat seperti mereka kerana merekalah yang telah membawa aku ke arah kebenaran, ke arah keislaman yang sebenar dan telah membuat aku hidup dan bangkit semula dari zaman kedaifan aku tentang islam. In Shaa Allah, merakalah penuntun ku ke syurga kelak kerana aura mereka sentiasa dekat padaku. Aku mengharapkan bimbingan mereka dan bersama-sama mencari hidayah Allah S.W.T. In Shaa Allah.

"Sesungguhnya Allah S.W.T itu wujud dan mati itu pasti."

Aku, merupakan putera tunggal dalam kalangan 8 orang ini yang di kelilingin 7 kuntuman bunga-bunga Syurga Jannah. Kami ialah :

♥ Syafiqah Bt Ma'asin (piqah/sya)
♥ Siti Nurhidayah Bt Abdul Manap (dayah/nap)
♥ Siti Norazilawati Bt Taib (zyla/ti)
Rohaizan Bt Abu Hassan (awin)
♥ Fatin Afiqah Bt Mohamad Darus (atin/ton)
♥ Siti Nurhanani Bt Samsir (nan/nani)
♥ Siti Munirah Bt Abdul Khadir (mun)
♥ Muhamad Asyraf Bin Suriah (acap)

Kisah ini bermula kami di Prauniversiti 1 di SMK Batu Kikir (Modal Khas). Di sinilah titik permulaan kami telah bersama-sama bersatu hati melangkah demi meneruskan pengajian kami mendalami ilmu selepas selesai menghadapi SPM. Pada ketika ini, kami tidak sama sekali kenal antara satu sama lain, kami membawa haluan masing-masing dengan lagak masing-masing. Dan hari demi hari kami bersapa mesra secara tiba-tiba. Kami mula bertegur, berbual, bergurau, bersakat-sakat dan ikatan ukhwah kami mula terjalin. Alhamdulillah, dalam masa yang sama kami kenal, kami masih lagi dalam penilaian untuk mengenal hati budi masing-masing. Takot tersalah gurau, ada yang terasa (sentap).

Serba-sedikit sifat dan perangai sahabat aku :

Piqah : Seorang yang kelihatan garang dan tegas. Kalau pandang sekali mmg mcm nak terkam. Kadang-kadang takot nak tegor, takot setepek kene. Hehe. Tp dalam diam-diam, dialah pelawak antarabangsa. Hahaha. (Pandai buat lawak). Dialah finalis ustazah pilihan. Hehe. Orang selalu gurau ejek "tahi lalat kat hidung" dye. Tp dye relek, cool lagi. Sekali dye balas balik, mmg tak dapat lawan laa kn. Hahaha. Kisahnyeerr ~

Dayah : hahahaha. (gelak dulu) banyak yang tak kene kat dye nie. Trend mark dye "Janganlah mencari kesempurnaan, kerana tidak ada yang sempurna di dunia ini". Tuu diyakkk. Sebernanye, double meaning tu. Hahaha, dyelah mangsa keadaan dalam geng kami. Kalau ada dye, stok kene bahan jew laa. Nak cakap dye "touching" ! ada laa sikit, bg kaki kang, okey laa tu. Hahaha. (tu makannyerr !!!) sorry nap :P

zyla : Jeng jeng jeng. Dye nie ratu segala ratu. Hahaha. Nak tau sebab ape ?? Cer tanye dye. Hehehe. Aku kenal dye awl dr yang lain, sbb same team time orentasi form 6 dulu. Dye jenis gabra banyak, kalau depan org ramai mule laa tak tentu arah. Hahahaa. Lawak lawak lawak. Tp dye nie baik orgnye, sopan. Gluuppp ! Sopan ?? Jap ??? hehe. Tang gigi, hehehe. maybe !! Hehe. Tu laa keistimewaan dye. Tp dye mmg best, dok gitu . :)

Awin : Alhamdulillah, kalau tgok sekali muka dye, mmg seiras macam heliza. Huhu. (suke la tu) :p. Hurm, dye nie lebih kurang mcm zyla jugak, gelabah. Kdg-kdg cakap pn dah merapu. Hehe. Yang best dye nie, tak kuat marah and tak kuat merajuk mcm yg lain. Hehehe (ye ke ??). Dye nie ass kpd zyla. Kalau tak de zyla, tak de laa awin. Hehe. Hidup pasoh !!

Atin : Kak tonnn ! nak tau nape lekat name kak ton nie ?? sbb dye nie jual cup kek cokolat cair meleleh kat sekolah and kat asrama. Heheehe. Aku laa salah sorang pelanggan tetap dan penjual sambilan cup cake dye kat asrama. Hahaha. Haa ! dye nie lagi awl aku kenal, sbb time form 4 & 5 same sekolah, tp tak same kelas cume kami nie team bahas beb ! hahaha.

Nani : Kisah dye plk. Hurmm, sorang yang kadang-kadang loading tahap giga. Hahaha. Tak tau laa kenapa. Ada masanye kang, langsung tak paham, lawak pn boleh jd jugak. Hahaha. Yang tak dapat lupe tu, dah ramai offer dye barang nak bg free, dye tolak bulat bulat. Bukan rendah diri, loading dye menjadi laa tu. Hahaha. Tp skg tak tau laa, ada lg ke tak. Rase ade kot. Hahahahaha. Terbaik laa keringgg !!

Mun : Hehe, dye nie perempuan melayu terakhir. Sopan jew anak cik khadir nie. Hahaha. (Konon!!) Dye nie baru join geng kami, sbb dye masuk time pra-u 2. Dye pn finalis ustazah pilihan jugak nie. Alhamdulillah. Dye nie pn kdg kdg jadi mangsa keadaan kene bahan. Hahaha. Kesian kaw an. kisah kaw dengan JPJ tu tak penah lupe, mmg kelakar. Hahaha.

Macam tu laa kisahnye sahabat-sahabatku. Dalam proses demi proses perkenalam, akhirnya, kami mula serasi dan kami mula mesra antara satu sama lain dengan menjaga batas-batas dan syariat islam.

Lepas pada kami sudah mula kenal, kami mula tubuhkan group dalam whatsapp. Dengan harapan, setiap hari kami dapat tegur dan merancang apa sahaja aktiviti-aktiviti. Alhamdulillah, ianya masih berkekalan. Setaip aktiviti yang kami rancang, kami buat sama-sama. Cuma kadang kala, ada aktiviti yang tidak sepenuhnya semua dapat ikot. Tapi saat-saat yang kami tidak lupakan semasa kami membuat iftar di rumah cikgu baharudin, aktiviti gala night, berkelah di jeram Tengkek, jamuan-jamuan, detik-detik gurau-gurau dalam kelas dan macam-macam lagi la. Kami buat semua bersama-sama. Makan sama-sama, tidur dalam kelas time cikgu mengajar sama-sama, keluar jalan sama-sama, gurau sama-sama dan semua bersama-sama. Alhamdulillah. Kenangan ini tidakkan ku lupa sehingga hayatku. In Shaa Allah. Kalau aku terlula, mohon peringatkanku.

Ini, aku titipkan bait-bait lagu "Kau Ditakdirkan Untukku" untuk kalian semua :

Terucap syukurku.. Aku memilihmu ‘tuk menjadi teman hidup setia slamanya Belahan hati ini.. Kini tlah terisi Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..

Dan berlayarlah kita renda keluarga meretas hidup bersama Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk slamanya hingga bahagia disurga-Mu Pegang tanganku, tataplah mataku.. Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini.. Slalu ‘kan ku jaga Meniti sakinah.. Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya.

Sekarang kami dah habis sesi persekolahan. Semua yang sama-sama dulu, semakin kurang dah berbanding dulu. Ya Allah, sememangnya aku rindu sangat sangat saat itu. Jika boleh di putarkan waktu, ingin aku bersama-sama semula dengan sahabat-sahabat ini. Sesungguhnya, aku memang tidak dapat lupakan semua yang terjadi.

Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami, jangan sesekali Engkau pisahkan aku daripada mereka, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui mereka, berikanlah kejayaan kepada mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Bimbing dan tuntunlah mereka ke jalanMu, Ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah tuhan yang sangat tahu isi hatiku,Ya Allah.

Duhai sahabatku, ingin ku sampaikan salam rindu buat semua sahabat-sahabatku yang tersayang dan disayangi Allah S.W.T. Berat hati ini ingin menulis warkah terakhir buat kalian semua, kerana aku sememangnya tidak sanggup berpisah dengan kalian semua. Jika takdir yang memisahkan kita, biarkanlah aku yang pergi dulu kerna, aku lebih rela pergi daripada kalian yang meninggalkanku. Andaikan ini yang terakhir untuk aku buat anda semua, maafkanlah aku, halalkanlah segala pemberianmu, titipkan doa buatku dan semoga kita sama-sama dapatkan dan bertemu di Syurga Jannah kelak. In Shaa Allah.

Salam, SAHABAT SEJATI.

KISAH JODOH ??

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY
(Isnin, 12 Rejab 1435H)

TENTANG JODOH ?

Apa kita faham tentang jodoh?

Seseorang mempunyai boyfriend atau girlfriend, adakah itu jodoh?

Bila ditanya kenapa belum berkahwin lagi ?

Mereka menyatakan belum jodoh lagi, bila sudah ke gerbang perkahwinan, maka itu barulah jodoh.

Dah buat maksiat banyak kali kemudian menuduh jodoh pula menjadi penghalangnya.

Bagaimana pula dengan mereka yang berkahwin berpuluh-puluh tahun lalu bercerai, dan mereka menyatakan pula tiada lagi jodoh antara mereka.

PENCERAHAN :

Jodoh adalah satu rahsia dari Allah SWT, dan difahami jodoh itu adalah pasangan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Setiap yang diciptakan oleh Allah adalah berpasangan, itu juga adalah jodoh.

Siang jodohnya malam, kanan jodohnya kiri, air pasang jodohnya surut dan seumpamanya.

Jodoh adalah rahsia hebat dari Allah untuk kita.

Allah menentukan jodoh untuk kita atas usaha yang kita jalankan. Kita seharusnya berusaha memilih jodoh yang terbaik untuk kita.

Allah bagi ikhtiar kepada kita. Ketentuannya terletak kepada Allah jua.

Jodoh itu datangnya dari Allah, dengan usaha yang kita lakukan.
Timbul pula persoalan, pasti ramai yang pernah mendengar ada yang berkata ada tiga punca jodoh, iaitu;

1. Jodoh dari Syaitan

2. Jodoh dari Jin

3. Jodoh dari Allah.

Sebenarnya, jodoh itu tetap dari Allah, tetapi kerana usaha kita yang mengikut jalan yang dipenuhi tipu daya syaitan, itulah maksud sebenar kenyataan jodoh dari syaitan. Andai kita berpegang pada ajaran Al-Quran dan Sunnah yang sebenar, maka dapatlah kita jodoh yang diredhai oleh Allah SWT.

Dengan tiupan dari syaitan inilah kita sentiasa melihat untuk mencari kesempurnaan pasangan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan atas ketidaksempurnaan tersebut, sedangkan dalam agama diciptakan berpasangan kerana sama-sama tidak sempurna, untuk saling melengkapi dan saling menutup ketidaksempurnaan tersebut.

Salah faham masyarakat kita dengan menganggap bahawa jodoh yang sebenar adalah insan yang benar-benar baik dan sempurna untuk dirinya.

Bagaimana pula Nabi Nuh a.s, seorang rasul yang diutus dijodohkan dengan isteri yang menolak agama Allah?

Kerana itulah jodoh itu tetap menjadi rahsia Allah, dan manusia handaklah memahami bahawa apa yang ditentukan oleh Allah itu lebih baik dari apa yang difikirkan manusia. Lihat firman Allah ini ;

ْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah : 216)

Allah mengkehendaki kebaikan kepada kita, lalu dikurniakan kepada kita seorang isteri yang mampu bersabar dengan kita, begitu jugalah sebaliknya. Itulah kebaikan dari Allah, disebalik apa yang kita sangka tidak baik bagi kita.

Sebab itu pernah kita lihat suaminya biasa je tapi isterinya sangat cantik. Atau si isteri biasa-biasa je tapi suaminya sangat hensem. Ini semua urusan Allah.

“...kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu :

1. Ditentukan rezeki
2. Tempoh kematian
3. Amalan
4. Nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan

Maha suci Allah SWT di mana tiada tuhan selain-Nya.” (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

KESIMPULAN :

Kita tidak perlu takut siapakah jodoh kita kerana pasangan kita sudah pun ditentukan oleh Allah dan apa yang perlu dilakukan adalah berusaha diatas landasan agama dalam mencari jodoh itu.

Sama ada untuk jodoh kali pertama, kedua atau seterusnya.
Wallahu a'lam - Sabar tunggu jodoh yang kedua. Ukay's

CERITA DISEBALIK MAHSYAR

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Hari nie saya nak berkongsi tentang "MAHSYAR"

Kata ustaz, Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah S.A.W bertanya, Mahsyar kat mana ? Jawab Rasulullah S.A.W, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tidak ada pokok, tidak ada sungai, tiada gunung-ganang, tiada tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi apabila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri,dimanakah kita ? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. (Rujuk Surah Yassin ayat 52-54).

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya Rasulullah S.A.W, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Nabi S.A.W dengan memetik ayat Al-Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. (Rujuk surah A'basa ayat 37(80:37) ).         

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir. bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam A.S hanya untuk meminta syafaat untuk Allah S.W.T untuk mempercepatkan hisab. Jawab Nabi Adam, beliau tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ullul Azmi, bermula

♥Nabi Nuh
♥Nabi Musa
♥Nabi Isa
♥Nabi Ibrahim

tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, lalu baginda berdoa dan Allah S.W.T untuk memperkenankan bagi mempercepatkan hisab.       
 
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta kepada Allah S.W.T awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaha, dek padatnya manusia pada hari tu.     

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kite akan turun dari Arash. mase tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Walaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah S.W.T panggil sorang-sorang untuk dihisab. Sebelum Allah S.W.T mula hisab, Allah S.W.T suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tidak ada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah S.W.T akan tanya kite 3 soalan.

1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid ?
2. Tidak ingat ?     
3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan ?     

Setelah ditimbang di Al-Mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah S.W.T buat. Allah S.W.T tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita semasa kita hidup ? Sila tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan sebagainya. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pulak kite tanggung (Ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).  
Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tetapi effect jugak orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

HARI MAHSYAR HAR YANG SANGAT DASYAT

Kata ustaz :

PERTAMA : Hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.         

KEDUA : Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.         

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah S.W.T ke syurga ? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan juga mudah boleh masuk dengan baik sorang-sorang. Jadi, jom sama-sama membantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin.

والله اعلم بالصواب.

Monday, 12 May 2014

ASRAMA DALAM KENANGAN

Assalamualaikum dan salam rindu buat semua.

Hari nie saya nak kongsi pengalaman dan kenangan manis semasa tinggal di asrama sekolah. Mesti ramai yang penah tinggal asramakan ? Dan ada yang tak pernah tinggal asramakan ? Bagi yang tak pernah tinggal asrama, mungkin boleh ambil pengajaran dan pengalaman orang lama yang tinggal di asrama. In Shaa Allah.

Okey, saya dah tinggal asrama nie selama 7 tahun. Sejak saya tingkatan 1 sehinggalah saya Pra-U 2 di sekolah yang sama. Banyak pengalaman, pahit manis dan suka duka yang saya penah tempuhi semasa tinggal di asrama. Alhamdulillah, kini saya sudah 20 tahun (2014), dan tidak lagi tinggal di asrama sekolah. Tapi kenangan kami bersama masih dalam ingatan buat selama-lamanya. In Shaa Allah.

Saya dulu tinggal di Asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Negeri Sembilan. Berbagai-bagai lakaran sejarah dan jatuh bangun saya di sini. Tanpa semangat dan bantuan kawan-kawan di asrama, tiada siapalah saya pada hari ni. Okey, asrama juga sama seperti rumah kami. Masih ada penjaga yang akan menjaga kami, tapi kami di gantikan dengan warden. Bagi warden sekolah saya ialah :

Tn. Hj. Abdul Rahman B. Mohd Shariff ( Ketua Warden)
Cik Azlinda Bt. Abdul Rahman (Penolong Warden)
Cik Aida Erina
En. Nurul Azwan Bin Abdullah
Ustaz Amer
Sir Daven

Mereka inilah yang telah dipertanggungjawab untuk menjaga kami. Mereka akan membimbing kami dengan disiplin, keagamaan, hidup bermasyarakat dan macam-macam lagi. Di asrama, kami akan di asuh dan di ajar untuk hidup berdikari di atas kaki sendiri. Warden-warden dan senior-senior hanya akan beri teguran dan bimbingan kepada kami.

Terima kasih semua. Jasa dan pengorbanan kalian semua akan ku kenang sehingga hayatku.

KRONOLOGI DI ASRAMA

Macam biasa laa di awal tahun, setiap tahun silih berganti, kami akan adakan sesi orentasi. Tujuan orentasi ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar asrama. Selain itu, senior-senior akan memberikan pengetahuan cara-cara hidup di asrama. Berbagailah aktiviti yang di jalankan. Contohnya, ice breaking, permainan-permainan yang menyeronokkan, kembara malam, kembara luar, burung pungguk, malam keinsafan, explorace, dan macam-macam lagi la. Kebiasaannya, kami akan diberikan tugasan untuk mendapatkan tandatangan AJK Asrama dan akan di berikan barang amanah seperti, biskut, kacang hijau dan ubat nyamuk. Tujuan kami diberikan tugasan ni seperti tandatangan AJK asrama tu adalah untuk memaklumkan kepada pelajar baharu untuk kenal AJK-AJK Asrama dan barang amanah ini adalah untuk mendidik dan mengajar pelajar-pelajar supaya menjaga amanah yang diberi. Sebagai contoh, tinggal di asrama, kami diberikan amanah untuk menjaga harta benda asrama. Maka wajib kami menjaga harta asrama, kalau rosak, maka kami akan di kenakan denda. Hehehe. Macam-macam ragam laa masa orentasi nie, ada yang gelak tawa dan ada yang menangis. Biasa laa, first time duduk asramakan. Hehe.

Selain aktiviti orentasi, di asrama ada banyak program yang bermanfaat kepada penghuni asrama seperti Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT), Majlis Jamuan-jamuan keramaian, program-program keagamaan, program-program kesukanan, Majlis Terbuka Asrama, Sambutan Berbuka Puasa, Sambutan Hari Raya, Sambutan Hari Kemerdekaan, Lawantan Asrama dan macam-macam lagi laa. Semua aktiviti-aktiviti ini di jalankan bagi mendidik pelajar untuk bergiat aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Tambahan pula, setiap aktiviti-aktiviti yang di anjurkan ini banyak memberi pengetahuan kepada penghuni asrama. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat mengasah bakat yang ada dan meningkatkan prestasi dalam bidang akademik. Bagi saya, asrama adalah salah satu platform yang sangat berguna kepada semua pelajar untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Di asrama juga, setiap kali rutin dan aktiviti asrama, kami mesti buat sama-sama. Prep sama-sama, makan sama-sama, solat sama-sama, gotong-royong sama-sama, riadah sama-sama, outing sama-sama dan semuanya sama-sama. Hidup di asrama ni macam hidup satu keluarga, ada ramai adik-beradik. Kegembiraan dan kesedihan sering dikongsi. Rindu sangat gurau-senda di asrama. Perkara yang sangat penting bila di asrama ni adalah disiplin. Kalau kita tak ikot disiplin, banyak je masalah yang akan datang kat kita. Kalau kita follow je step di asrama, semua orang akan suka pada kita. Warden pn akan senang dengan tingkah laku kita. Jadi, patang larang di asrama tu kita kene patuh bagi kesenangan kita bersama. Biasanya, ketepatan masa dan hormat-menghormati antara satu sama lain itu sangat penting di asrama. Harap yang bakal duduk asrama tu boleh la take a note ya :)

KENANGAN DI ASRAMA

Tahun 2013 merupakan tahun terakhir saya tinggal di asrama. Waktu tu saya memegang jawatan Kapten Aspura di Asrama SMK Batu Kikir (Model Khas). Serius, memang tidak dapat dilupakan segala kenangan saya bersama-sama pelajar asrama. Kenangan bersama 11 orang seangkatan AJK yang sering membantu saya. Pergi karaoke, lawatan asrama, handle majlis-majlis asrama dan macam-macam lagi. Antara Ahli Jawatankuasa Aspura 2012/13ialah:

Ahmad Fazrul B. Saad (N. Kapten)
Hazril Hanif B. Zainal Abidin (Setiausaha)
Muhammad Faeez Aznie B. Azman (Bendahari)
Muhamad Syazwan B. Mohidin (Disiplin)
Muhamad Yusri B. Mohd Nor (Akademik)
Muhammad Aliff B. Azman (Kebajikan)
Muhammad Shahrul Nizam B. Jamian (Kerohaniaan)
Muhammad Iskandar B. Shamsul Amran (Dewan Makan)
Muhamad Asyriq (Projek)
Muhammad Quzairy (Sukan)
Muhamad Syafiq B. Mohidin (Tugas-tugas Khas)

Terima kasih semua yang membantu saya menjaga keamanan asrama, disiplin asrama dan segala  tugas-tugas penting asrama. Segala penat lelah kamu semua akan menjadi ingatanku. Minta maaf di atas segala teguran yang mengguris hati kalian. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kalian dan semoga semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Aminn. In Shaa Allah.

Tidak dilupakan kenangan bersama pelajar menengah rendah, tingkatan 1, 2 dan 3 sesi 2013, yang sangat komited dan mejoriti mendengar nasihat dan teguran. Alhamdulillah. Ada pelajar yang sporting, minta outing kene menari gangnam style la (trending time tu), makan maggie same-same, buat air nesvita sama-sama, dan semuanya same-same. Thanks kat "AYOB" (Muhammad Fakhrul Aiman Bin Mohd Fauzi), sanggup pergi minta kat wan dye yang berniaga kueh kat batu kikir tu, makan kueh same-same. Bantai berebut makan cempedak goreng. (Sedap wow !!). Hummm, the best moments !! Terima kasih kepada budak lower form nie yang rajin "belanje". Hehe. Mohd Firdaus, Akmal Danish, Nano, Amar Falaq dan semua la pelajar asrama, tak dapat nak mention nama dah. Hehe. Terima kasih sekali lagi. Korang semua mmg best. Hehe :)

Kepada pelajar menengah atas, tingkatan 4, 5 dan Pra-U 1. Terima kasih juga kepada mereka kerana banyak bagi respon dan mematuhi segala peraturan asrama. Walaupun ada segelintir puak yang memberontak, tapi ianya hanyalah minoriti dan tidak menjejaskan mejoriti. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T  mendapat penghuni asrama yang banyak memberi kerjasama dalam semua aspek. Terima kasih pada Joe, Zakhir, Omar, Nur Haqqim, Key-L, Syahmi, Syamsul Amri, Rejab, Rombong, Komeng, dan semua laa upper form yang membantu. Terima kasih sangat-sangat. Saya doakan kalian semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn

Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan pabila tinggal di asrama. Hidup di asrama memang satu detik manis yang sangat berharga dan tidak dapat dan tidak akan dilupakan. Perasaan rindu pada penghuni asrama dan warden-warden sangat mendalam. Kenangan kami bersama selalu di kongsi bersama-sama. Harap ukhwah dan ikatan kita akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Aminn, In Shaa Allah.

Saya mohon maaf jika ada sebarang kekhilafan sepanjang coretan yang saya lakarkan ini. Semoga ianya menjadi kenangan dan ingatan kita bersama.

Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati kami, bimbinglah kami, kuatkanlah keimanan kami, sampaikanlah rindu kami pada yang pergi, pimpin dan tuntunkanlah kami dan permidahkanlah segala urusan kami.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah umur warga asrama, berikan kesihatan yang baik, rahmati dan berkatilah pada warden kami, penghuni asrama kami, pembantu murid kami, pengelia asrama kami, pekerja dewan makan kami dan seluruh warga asrama kami. Berikanlah yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya, merekalah insan yang membantu kami. Ya Allah, Engkaulah tuhan sekelian alam.

Amin Ya Robb

Sekian, dari saya :
◥Muhamad Asyraf Bin Suriah◤
Kapten Aspura 2012/2013

Sunday, 11 May 2014

BUDAYA MENGAMALKAN BACAAN BISMILLAH SELEPAS SOLAT.

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Hari nie ana nak berkongsi satu amalan yang boleh dijadikan makanan hati kita, pengubat jiwa kita, membersihkan pemikiran kita dan menyembuhkan segala kesensaraan kita. In Shaa Allah. Dengan izin Allah S.W.T kita akan memiliki kegembiraan itu.

Pelbagai cara Allah S.W.T bagi pada kita untuk kita pulihkan apa sahaja masalah yang kita hadapi. Salah satunya ialah DOA.

"Doa merupakan senjata yang paling mustajab bagi semua umat islam"

Hari ini saya sertakan ayat bacaan bagi BISMILLAH 9. In Shaa Allah, apabila kita mengamalkan bacaan bismillah nie dan kita sebatikan bacaan ini dalam jiwa kita, Allah S.W.T akan permudahkan urusan kita. Yang penting kita harus berusaha dan terus berusaha untuk memiliki hidayah Allah S.W.T. Bacaan bismillah nie boleh kita baca seelok-eloknya selepas kita selesai solat. In Shaa Allah.

Marilah sama-sama kita mengamalkan dan kita sejiwakan diri kita dengan ajaran islam. Sesungguhnya, kita adalah manusia akhir zaman. Tiada yang lebih penting di dunia ini selain daripada kita mengejar akhirat. Sama-samalah kita rebut syurga jannah. In Shaa Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan segala kelemahan dan kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri. Ampun dan maaf jua dipinta.

SELAMAT BERAMAL

Assalamualaikum

Lirik Lagu Don’t Forget Allah - Farid Sanullah

You down and out You just can’t come You wanna shout you lost all hope On your knees, begging please You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there Whoever you are, because he cares Then you forget to say thank you Allah , You forget to say Insyallah You forget to say Subhanallah Raise your hands Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive Towards a time like yours and mine The story of the three Who'll long to be To who be free of their misery

To the one floor he opens the door Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah You forget to say InsyaAllah You forget to say SubhanaAllah Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you Can’t you see His promise is true Hold on to the rope of Allah Don’t lose hope in Allah If you remember Allah in prosperity He’ll not forsake you in adversity Be mindful of Allah He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah You forget to say InsyaAllah You forget to say SubhanaAllah Raise your hands, Alhamdulillah

Get down and out You just can’t go you wanna shout you lost all hope On your knees begging please You turn and pray to find your way.

I LOVE ALLAH, I LOVE ISLAM

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. belilah beberapa buah kursi, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah n madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
letakkanlah d jendela kamarmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.

3.Inisiatif - sedekah:
sisihkanlah dri hasil upah jerih payahmu, sedikit untuk d sumbangkan kpd anak yatim.

4.Inisiatif - sedekah:
belilah sekantong plastik kaus (sarung) tangan n kaos kaki, agar bisa d berikan kepada para pekerja.

5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu n besedekahlah dengan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga n kerabat atau sahabat), belilah 1/2 buah karton air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kmudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif - sedekah:
belilah mushaf (al quran). letakkan d salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yg akan kmu dpat pada setiap huruf yg mereka mau membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, terkhusus kpd mereka2 yg sedang d timpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
lemparkanlah senyum kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, n bertuturlah dgn ucapan yg baik krna semuanya adlh sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
jngan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dri menggibahi, mengadu domba, n mendzalimimu.

12. Inisaitif- sedekah:
kirimkan maklumat ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan d beri pahala kerananya. .. Selamat bersedekah...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,
ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -“Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya. ALLAHUKHBAR

PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH DALAM KENANGAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetibe rajin nie, nak laa kongsi cite. Al maklumlaa, baru nak berjinak jinak dengan blogggggerr nie. Hehehe. Pada hal, dah lame create, tp tak pandai pandai nak gune natang nie. Last last, tergerak plak hati nak download kek playstore. Hurm, ape laie ;** memanjang update jew laa kn. Hahaha.

Tp hari nie bukan nak cite ttg download ke or ttg bloggerrr nie. Tp hari nie nak cite ttg PKS. Wow !! ape tu PKS ??? Pakatan baru ke ?? hehehe. No politics :P . PKS tu PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH. Ha tu dyakk, dah mai. Den dah join lama dah program nie. Mmg terbaeekkkk laa. Setiap kali ada jew program nie, mmg bersemangat. Peringkat kebangsaan to wokk. Sape tak nak an. Hehe. Btw, terima kasih la kat Cikgu Azlinda Bt Abdul Rahman, cikgu nie laa yang telah banyak membantu den dalam menjayakan program nie. Alhamdulillah, sangat bermanfaat.

Ishhh, panjang dah mukadimah, kite terus pada cerita sebenar, skg den dah abis sekolah dah. Tunggu panggilan universiti la plk, ado joki, Alhamdulillah. Hurmm, minggu lepas ada lagi program PKS buat kali pertama utk tahun 2014, (dah selesai daa) time nie den dah jadi budak luar dah, tp ttp bersemangat utk join program nie sbb den tau lepas nie dah tak dapat dah nak sertai lagi. Hurmm :((( sedih sedih. Bila dah cakap nie kali terakhir, maka den cube laa join semua aktiviti yang di jalankan, (tp ad je yang den tak follow).

Time datang jew hari Sabtu tu, bawak dodol, sima, ayu and fadhilah g PD, konon nak g Pesta Air laa, tgok mcm biase jew, tp bapak laa ramai org time tu. Jenoh nak masuk parking kete. Hufffff. Tp mmg best time nie, kuar dengan dyorg, sepanjang perjalanan, bantai tergelak jew. Abis semua org kek jalan tu jd bahan. Sampai ada jumpe trajedi drama senetron plak laa kek tp jalan tu. Ada plak hero hindustan buat drama. Hahaha. Mmg bahan sampai ke PD la gamak eh. Thanks korang yang join.

Hurmm, balik jew dr PD, mandi mandi and solat maghrib then g jempot tiqa kek BBS, time nie mood down dah. Alololo, sampai datang rumah (tetttt) nak g minta maaf. Hehe. Last last jumpe kat dewan. Minta maaf laa. Mmg time nie takot gilerrr. Tuhan jew yang tau. Hehe. Okey, time nie juga malam kebudayaan. Waaaaa, seriusss, rindu sangat time tu. Okey sabar sabar cap. Hehe

Tpppppp, time PKS terakhir nie banyak cerita di sebalik cerita. Laie laa bertambah sedih ehh. (geng perang PD jew yang tau) . Tak pew laa, den dah minta maaf kat org terbabit. Maaf ya semua. :(((. Dah dah, semua dah settel, Alhamdulillah, mungkin kat situ semua terukir segala cerita dan konflik yang berlaku. Dari manis, panit, tawa, gembira, seronok, menangis, riang dan pelbagai perasaan telah timbul pada waktu tu. Bagiku semua tu SUATU KENANGAN. Hehe

Yang pergi itu semua kenangan, yang akan datang ini adalah satu permulaan cerita untuk wujudnya kenangan baru.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, semoga kenangan yang kami cipta menjadi ingatan dan ikatan ukhwah yang utuh buat kami. Ya Allah, rahmati dan berkatilah kami, tuntunlah kami, permudahkanlah urusan kami dan bawalah kami dengan nur hidayahMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha Mengetahui. Amin

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) SMK Batu Kikir (Model Khas) memang terbaik. Alhamdulillah.

Mohon maaf jika ada perkataan-perkataan yang mengguris hati mana-mana pihak. Sesungguhnya, ini adalah satu penkongsian cerita di sebalik cerita kita. Akhir kata :

Assalamualaikum.

Happy Birthday and Mother's Day

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AYAH DAN SELAMAT HARI IBU KEPADA MAK.

Kepada ayah semoga panjang umur, murah rezeki, di berikan kesihatan yang baik, mandapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan ayah insan yang mulia, semakin disayang Allah dan menyayangi Allah, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan Allah. In Shaa Allah.

Kepada mak, terima kasih melahirkan dan membesarkan kami anakda yang tercinta. Jasa dan pengorbananmu tiada tolak bandingnya. Maafkan kami di atas segala kekhilafan kami sepanjang kami hidup di dunia. Doakan kami kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berikanlah yang terbaik kepada ayah dan mak. Kami sayang mak dan ayah. ♥♥♥ Tiada mereka tiadalah kami di dunia. Aminn

Saturday, 10 May 2014

Lirik Setanggi Syurga - In Team

Percaya kata janji mu kerna ku yakin apa d genggammu k’haruman setanggi syurga bkn kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu Bagai t’kurung d basah tengkujuh k’wangian aroma bunga tak menggugah k’teguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar & terlebur Pd redup mata yg menipu Tuntas ku mendaki Puncak cinta teragung

Izinkan aku m’lafazkan kata bicara hati yg mudah d’terjemah Betapa aku gerun pd teduh utk b’naung Kerna awan itu rapuh

Bahagia buat mereka yg bertemu cinta yg teragung yg membawa ke syurga hakiki & abadi

Dendam tak marak menyala & membakar oleh putih salju yg b’guguran kerna dosa itu lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan kerna ku pasti adanya p’temuan d’sana nnt bukti cinta suci d’lafazkan tak b’temu p’ucapan

Percaya kata janji mu kerna ku yakin apa d genggammu k’haruman setanggi syurga bkn kilauan sebilah belati

Kata janji mu seharum setanggi syurga.

Mukaddimah Kalam.

Assalamualaikum semua pembaca,

Saya Muhamad Asyraf Bin Suriah, penghasil nukilan dan coretan untuk blog ini.

Pada zahirnya saya ini bukanlah ustaz, bukanlah daie dan jauh sekali dianggap ulamak, saya hanyalah insan biasa, insan yang penuh dengan noda, namun saya akan terus berusaha menjadi lebih terbaik di mata manusia dan di sisi Allah S.W.T dan saya ingin menjadi seorang yang luar biasa. In Shaa Allah.

Penghasilannya bagi tujuan berkongsi pengetahuan, ilmu yang bermanfaat, kata-kata motivasi diri, pengalaman, dakwah islamiah, mahupun suka dan duka. In Shaa Allah, ianya dapat memberi impak dan pengajaran buat pembaca.

Akhir kalam, saya mohon maaf kepada semua pembaca dan saya mohon semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan semua umat islam untuk terus melangkah untuk mendapatkan hidayah Allah S.W.T. "Sesungguhnya Allah S.W.T itu wujud dan mati itu pasti ".

Wassalam :)